Legion Rom
Bala tentera negara Rom sepanjang zaman republik ke empayar dibahagi utama kepada legio (Latin: legiō disebut [ˈɫɛɡioː] turunan kata kerja dasar legere "memilih, mengumpul"; bahasa Inggeris: legion). Sebuah legio hampir menyamai saiz Briged, terdiri daripada 4,200 askar infantri dan 300 askar kavalri pada zaman republik, berkembang ke 5,200 infantri dan 120 auxilia pada zaman imperial.