Kambing

Kambing bela jinak
Julat zaman: Neolitik - Kini
Kambing pigmi
Dibelajinakkan
Pengelasan saintifik
Domain: Eukaryota
Alam: Haiwan
Filum: Chordata
Kelas: Mammalia
Keluarga: Bovidae
Subkeluarga: Caprinae
Genus: Capra
Spesies:
C. hircus
Nama binomial
Capra hircus
Linnaeus, 1758
Sinonim

Capra aegagrus hircus Linnaeus, 1758
Capra depressa Linnaeus, 1758
Capra mambrica Linnaeus, 1758
Capra reversa Linnaeus, 1758

Kambing atau kambing bela jinak (Tulisan Jawi: كمبيڠ بلا جينق; Capra hircus) merupakan satu spesies kambing yang banyak dipelihara sebagai ternakan. Ia telah dibela jinak daripada kambing gurun bezoar (C. aegagrus aegagrus) dari Asia Barat Daya dan Eropah Timur. Kambing dirangkum dalam famili Bovidae bersama spesies lain seumpama biri-biri kerana kedua-duanya tergolong dalam subkeluarga Caprinae. Terdapat lebih 300 baka kambing yang berlainan. Kambing adalah antara spesies yang paling lama dibela jinak, iaitu untuk susu, daging, bulu, dan kulit di seluruh dunia. Pada tahun 2011, bilangan kambing yang hidup di seluruh dunia mencecah 924 juta menurut Pertubuhan Makanan dan Pertanian Bangsa-Bangsa Bersatu.