Capoeira
Capoeira ([ka.pwéi.rĕ]) merupakan sejenis seni bela diri yang khusus ada di Brazil menggabungkan unsur-unsur tarian, akrobatik, dan muzik. Ia dicirikan oleh pergerakan yang cekap serta rumit terutamanya dengan imbangan tangan serta tendangan libas yang menonjol, seni ini juga berkait rapat dengan paranawe, sejenis tarian tradisional di negara tersebut. Seni ini mula dikembangkan abdi-abdi yang dibawa dari benua Afrika ke Brazil pada awal abad ke-16 ketika Brazil masih sebuah jajahan Portugis.
Capoeira tidak saja menjadi dihadkan sebagai suatu acara kebudayaan sahaja malah juga menjadi suatu sukan olahraga nasional di Brasil: guru-guru serata negara tersebut menggiat dalam seni ini sehingga menjadi terus menerus lebih internasional melalui pengajaran di kelompok-kelompok mahasiswa, bermacam-macam pusat sukan, organisasi-organisasi kecil dan sebagainya. Seni ini turut dimasyhurkan oleh pelbagai filem dan permainan komputer serta ditonjolkan oleh muzik pop moden.
Seni tarian ini diberikan status sah sebagai suatu warisan budaya tidak ketara oleh UNESCO pada 26 November 2014.