Burung Sewah

Burung Sewah
Sewah Muka Hitam
Coracina novaehollandiae
Pengelasan saintifik
Domain: Eukaryota
Alam: Haiwan
Filum: Chordata
Kelas: Aves
Order: Passeriformes
Superkeluarga: Corvoidea
Keluarga: Campephagidae
Vigors, 1825
Genera

Lihat teks

Sewah dan sekutunya adalah spesies burung passerine bersaiz sederhana dalam keluarga Campephagidae. Spesies ini boleh ditemui di kawasan tropika dan subtropika Afrika, Asia dan Australasia. Keluarga ini mengandungi 93 spesies yang dipecahkan kepada 11 genera. Rembah Kayu (Tephrodornis) sering kali dianggap berada dalam keluarga ini tetapi ia kini berada di dalam keluarganya sendiri, Vangidae, bersama dengan philentoma dan rembah. Genus lain, Chlamydochaera, di mana mempunyai hanya satu spesies, fruithunter Dada Hitam, sering diletakkan di dalam keluarga ini akan tetapi kini merupakan seekor murai Batu (Turdidae).