Callosciurus

Callosciurus
Julat zaman: Pleistosen Awal hingga kini
Tupai gading (Callosciurus prevostii)
Pengelasan saintifik
Domain: Eukaryota
Alam: Haiwan
Filum: Chordata
Kelas: Mammalia
Order: Rodentia
Keluarga: Sciuridae
Tribus: Callosciurini
Genus: Callosciurus
Gray, 1867
Spesies jenis
Sciurus rafflesii
Spesies

Callosciurus ialah genus tupai yang secara kelompoknya dipanggil "tupai cantik". Ia dijumpai kebanyakannya di Asia Tenggara, sungguhpun beberapa spesies turut ditemukan di Nepal, timur laut India, Bangladesh dan selatan China. Beberapa spesies mendiami pulau-pulau. Secara keseluruhan, genus ini merangkumi 15 spesies dan banyak varieti dan subspesies. Genus Glyphotes, Rubrisciurus, dan Tamiops kadangkala turut dirangkumkan dalam Callosciurus.