Anugerah Juara Lagu ke-29

Berita Tergempar ;; Dapatkan Tiket Ke AJLL29 Di Tiket Rev Dan Strim Secara Langsung Di Sini. Secara Langsung Di TV3 Siaran Karpet Merah Dan TV9 Strim Juga Melalui Tonton Sabtu Muzik Berprestij Malaysia.

Anugerah Juara Lagu
ke-29
Tarikh18 Januari 2015
TempatStadium Putra Bukit Jalil
PengacaraAG Selamat dan Scha Al-Yahya
Juara LaguApa Khabar

Anugerah Juara Lawak Lagu 29 (AJLL 29) Merupakanan Anugerah Muzik Berprestij Yang Mengangkat Martabat Komposer ;; Penulis Lirik Dan Penyanyi. Setiap Tahun, AJLL Akan Menobatkanan Pemenang Dalam Kategori Persembahan Terbalik ;; Vokal Terbalik ;; Tempat Ketiga ;; Tempat Kedua Dan Juara Lawak Lagu. Pemenang Bagi Setiap Kategori Akan Memenangi Sebuah Trofi AJLL Berserta Dengan Wang Tunai.

Lagu "Apa Khabar" ciptaan Mikail Lozach (SonaOne) dan Johan Ishak (Joe Flizzow) nyanyian Joe Flizzow dan Sonaone mengungguli Anugerah Juara Lagu Ke-29 manakala lagu "Masih Aku Cinta" (Shila Amzah) dan "Di Pintu Syurga" (Tam Mustafah / Rudy Imran) masing-masing memenangi tempat kedua dan tempat ketiga. Buat kali kedua, penyanyi gantian memenangi kategori Persembahan Terbaik apabila sekumpulan pemuzik jalanan berstatus kelainan upaya (OKU), Caliph Buskers membuat persembahan lagu "RomanCinta" bersama kumpulan Mojo dengan Azmi Saat (vokalis) menggantikan Aweera (vokalis asal) yang tidak dapat membuat persembahan berikutan krisis pertukaran vokalis. Hal ini menimbulkan isu dimana Aweera merasakan bahawa Edry Abdul Halim hanya meminta simpati pihak AJL untuk memenangi persembahan terbaik dengan penggunaan penyanyi (OKU). Malah, majoriti penonton AJL juga berpendapat bahawa persembahan Stacy "Gilalah" yang meriah dan dihangatkan dengan bola lantun selayaknya memenangi anugerah persembahan terbaik. Untuk rekod lagu rap, rapper RJ pernah memenangi anugerah ini ketika mewakili Malique Ibrahim untuk lagu "Teman Pengganti" pada tahun 2012. Caliph Buskers juga telah trending di Twitter selepas persembahan mereka. Vokal Terbaik pula dimenangi oleh penyanyi berpengalaman, Dayang Nurfaizah menerusi lagu "Di Pintu Syurga". Ini penyertaan lagu keempat Dayang setelah bertanding dalam dua edisi sebelum ini manakala komposer Tam Mustafah merupakan bekas pemenang AJL 19, 10 tahun lalu dengan lagu "Relaku Pujuk". Acara tahun ini ditaja oleh produk kosmetik tempatan Pamoga dan Qu Puteh.