Stadium Busch

Stadium Busch
Busch Stadium III
Baseball Heaven
Fail:Busch Stadium.svg
Busch Stadium pada 2009
Alamat700 Clark Ave
LokasiSt. Louis, Missouri
Koordinat38°37′21″N 90°11′35″W / 38.62250°N 90.19306°W / 38.62250; -90.19306
Transit awam  Red   Blue 
Di Stadium
PemilikSt. Louis Cardinals
PentadbirSt. Louis Cardinals
Kapasiti44,383 (2020–kini)

44,494 (2018–2019)
45,529 (2017)
45,538 (2016)
45,399 (2014–2015)
43,975 (2006–2013)

47,514 (dengan ruang tempat duduk)
Rekod kehadiranBola sepak: 48,263 Chelsea vs Manchester City (3–4)
Besbol: 48,581 (6 Ogos 2022) Cardinals vs New York Yankees
Hoki: 46,556 (2 Januari 2017) St. Louis Blues vs Chicago Blackhawks: Winter Classic NHL 2017
Konsert: U2 dalam U2 360° Tour 52,273 (largest non-sporting event)
Saiz PadangKiri padang — 336 kaki (102 m)
Kiri pusat padang — 375 kaki (114 m)
Pusat padang — 400 kaki (122 m)
Kanan pusat padang — 375 kaki (114 m)
Kanan padang — 335 kaki (102 m)
PermukaanBermuda Grass
Pembinaan
Pecah tanah17 Januari 2004 (17 Januari 2004)
Dibuka4 April 2006 (4 April 2006) (Persahabatan MiLB)
10 April 2006 (10 April 2006) (MLB)
Kos pembinaan$365 juta
($552 juta in 2023 dollars)
ArkitekHOK Sport
Kennedy Associates/Architects Inc.
Pengurus projekClayco Corp.
Jurutera strukturBliss & Nyitray, Inc
Perkhidmatan juruteraM-E Engineers, Inc.
Kontraktor amHunt/Kwame
Tuan rumah
St. Louis Cardinals (MLB) (2006–kini)

Busch Stadium (Melayu: Stadium Busch) dikenali secara tidak formal sebagai "New Busch Stadium" atau "Busch Stadium III", ialah stadium besbol yang terletak di St. Louis, Missouri, Amerika Syarikat. Stadium ini merupakan venue bagi pasukan Major League Baseball, St. Louis Cardinals. Stadium ini memiliki kapasiti tempat duduk sebanyak 44,383, serta 3,706 tempat duduk pasukan dan 61 ruang mewah. Ia telah menggantikan Busch Memorial Stadium (dikenali Busch Stadium II) dan menduduki sebahagian daripada tapak lama stadium tersebut. Satu kawasan komersial yang dikenali sebagai Ballpark Village telah dibina bersebelahan dengan stadium bagi mengingatkan tapak stadium lama berkenaan.

Stadium ini telah dibuka pada 4 April 2006 yang melangsungkan perlawanan persahabatan Minor League Baseball. Perlawanan rasmi pertama Major League Baseball diadakan pada 10 April 2006 apabila Cardinals menewaskan Milwaukee Brewers 6–4.

Pada tahun 2004, Presiden Anheuser-Busch sebelum ini iaitu August Busch IV mengumumkan bahawa syarikat gergasi bru itu membeli dan memperoleh hak penamaan selama 20 tahun pada stadium ini. Pemilik pasukan, William DeWitt Jr. berkata: "Dari hari mula-mula kami merancang membina stadium baharu, kami sudah ingin mengekalkan nama 'Busch Stadium.' August Busch IV dan Anheuser-Busch berkongsi impian untuk meneruskan tradisi buat penyokong setia kami dan buat seluruh komuniti St. Louis."

Stadium ini merupakan stadium ketiga di St. Louis yang mengguna pakai nama Busch Stadium. Sportsman's Park telah dinamakan semula kepada Busch Stadium pada tahun 1953. Pemilik pasukan pada ketika itu, August Busch Jr. bercadang untuk menamakan stadium itu sebagai Budweiser Stadium tetapi peraturan liga melarang penamaan stadium sempena minuman alkohol pada ketika itu. Busch menamakan stadium itu sempena dirinya dan syarikat Anheuser-Busch kemudiannya memperkenalkan "Busch Beer". Busch Stadium yang pertama telah ditutup pada 1966 dan pasukan Cardinals, serta pasukan National Football League (NFL) yang menggunakan nama serupa (kini dikenali sebagai Arizona Cardinals) telah berpindah ke stadium pelbagai guna baharu yang bernama Busch Memorial Stadium (Busch Stadium II).