Phasianinae
| Phasianinae | |
|---|---|
| Spesies Phasianus colchicus jantan | |
| Pengelasan saintifik | |
| Alam: | |
| Filum: | |
| Kelas: | |
| Order: | |
| Keluarga: | Phasianidae Horsfield, 1821
|
| Subkeluarga: | Phasianinae Horsfield, 1821
|
| Genus | |
|
Afropavo | |
Phasianinae merupakan cabang menggolongkan spesies-spesies burung di bawah keluarga Phasianidae dalam order Galliformes. Kebanyakan spesies burungnya digelar kuang (Jawi: کواڠ) dalam bahasa Melayu. Ia terdiri daripada 35 spesies Phasianinae dalam 11 genus. Spesies-spesies Phasianinae bercirikan dimorfisme seks yang ketara, yang mana burung jantan memperlihatkan bulu berwarna-warni dengan dihiasi pial dan ekor panjang. Burung kuang jantan lebih besar tubuhnya dan lebih panjang ekornya daripada yang betina, tetapi burung jantan ini tidak aktif menjaga anaknya. Burung kuang biasanya memakan biji-bijian dan serangga.
Burung kuang menjadi haiwan buruan rekreasi dan sumber makanan, tetapi juga bernilai kerana paras rupanya yang menarik.