Kuang raya

Kuang raya
Burung jantan
Burung betina
CITES Appendix II (CITES)
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Phasianidae
Tribus:
Pavonini
Genus:
Argusianus
Spesies:
A. argus
Nama binomial
Argusianus argus
Sinonim
  • Phasianus argus Linnaeus, 1766
  • Pavo argus
  • Argusianus bipunctatus
  • Argus bipunctatus Wood, 1871
  • Argus giganteus Temminck, 1813

Kuang raya, kuang, kuau, karuai atau keruai (nama saintifik: Argusianus argus) ialah spesies burung tanah besar dalam keluarga Phasianidae ditemukan di hutan-hutan Borneo, Sumatra, dan Semenanjung Malaysia di Asia Tenggara. Ia spesies burung tunggal dalam genus Argusianus.

Burung ini merupakan spesies haiwan yang dilindungi di Malaysia dan pemburuannya memerlukan lesen kebenaran; jika tidak, pemburu boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000, hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun, atau kedua-duanya sekali.