Bumi rata
Model Bumi rata, datar atau leper merujuk kepada dakwaan dvan kepercayaan bahawa Bumi adalah berbentuk rata dan bukannya seakan-akan sfera. Kebanyakan tamadun purba berpegang kepada konsep Bumi berbentuk rata seperti tamadun Yunani purba (hingga zaman klasik) dan tamadun China hingga abad ke-17. Walaupun berbeza dari segi cara, kebanyakan kepercayaan kosmologi tamadun dahulu adalah konsisten bahawa Bumi itu adalah satah (plane) yang tidak bergerak, tidak melengkung (curve) dan mendatar kecuali dengan kewujudan bukit, gunung, dan lembah. Kutub Utara pula adalah satu bahagian di tengah Bumi yang bermagnet dengan Polaris atau bintang Kutuh Utara berada di atasnya.
Model Bumi sfera terbit daripada falsafah Yunani purba sejak abad keempat SM, melalui ahli-ahli oleh Pythagoras, Plato dan Aristotle sebelum konsep tersebut tersebar ke seluruh dunia.
Meskipun begitu, golongan yang berpegang teguh kepada konsep Bumi rata pada zaman moden masih wujud dengan kewujudan teori-teori konspirasi pseudosains, dan menjadi semakin ketara dengan kewujudan media sosial.