Bukit Nanas
3°09′10″N 101°42′09″E / 3.15278°N 101.70250°E
Bukit Nanas (dikenali sebagai Weld's Hill ketika zaman penjajahan Inggeris) adalah sebuah bukit di Kuala Lumpur yang terkenal sebagai mercu tanda terletaknya satu-satunya hutan hujan tropika dara dalam lingkungan ibu kota. Pihak berkuasa bandaraya berdedikasi untuk memelihara hutan yang terletak di pusat Kuala Lumpur. Dahulunya menjadi tempat tinggal harimau Malaya dan gajah, hutan belantara ini masih didiami oleh monyet, ular sawa, tupai, dan biawak.