Harimau Malaya

Harimau Malaya
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
Subspesies:
P. t. malayensis
P. t. jacksoni
Nama trinomial
Panthera tigris malayensis
Panthera tigris jacksoni

Luo et al., 2004
Peta lokasi

Harimau Malaya ialah sejenis harimau daripada populasi khas bagi subspesies Panthera tigris tigris yang tinggal di Semenanjung Malaysia. Populasi ini mendiami bahagian selatan dan tengah Semenanjung Melayu, dan dikelaskan sebagai spesies terancam genting. Setakat April 2014, populasi harimau ini dianggarkan sebanyak 80–120 berusia matang, dengan trend semakin menurun.

Dalam masyarakat Melayu, ia dipanggil dengan harimau sahaja atau harimau belang, juga disingkatkan kepada rimau. Ia juga dikenali sebagai harimau Indochina selatan, untuk membezakannya dengan populasi harimau Indochina di utara (Panthera tigris corbetti) di Myanmar dan Thailand, yang mana ia berbeza secara genetik daripada populasi ini.