Bukit Dinding
| Bukit Dinding | |
|---|---|
| Titik tertinggi | |
| Ketinggian | 291 m (955 ka) |
| Tonjolan | 218 m (715 ka) |
| Geografi | |
| Lokasi | Wangsa Maju, Setiawangsa |
| Negeri | Kuala Lumpur |
| Induk banjaran | Banjaran Titiwangsa |
| Pendakian | |
| Laluan paling mudah | Mendaki melalui jalan tar |
Bukit Dinding ialah bukit berhutan setinggi 291m di Kuala Lumpur, yang terletak di antara Setiawangsa dan Wangsa Maju. Menurut Google Earth (2022), ketinggian Bukit Dinding ialah 302m.
Nama "Dinding" merujuk kepada lerengnya yang curam, dengan kecerunan yang lazimnya melebihi 45 darjah, sekaligus menjadi "dinding" yang memisahkan Wangsa Maju dan Setiawangsa. Bagi penduduk setempat, ianya dianggap kawasan hijau terakhir di situ. Lokasinya berdekatan dengan Bukit Antarabangsa di sebelah timur, yang merupakan sebahagian daripada Banjaran Titiwangsa, dan beberapa kilometer sahaja daripada Highland Towers di situ, yang telah runtuh pada 11 Disember 1993 dahulu.