Buah naga

Buah naga Jawi: بواه ناݢ), mata naga (Jawi: مات ناݢ) atau pitaya ialah tumbuhan jenis kaktus tergolong dalam genus-genus Stenocereus dan Selenicereus keluarga Cactaceae. Spesies-spesies jenis buah ini ditanam secara komersial di Vietnam, Thailand, dan Taiwan, walaupun ia berasal dari Amerika Selatan.

Rakyat Thailand menggelar pitaya atau kaew mang kron, honey fruit atau red dragon fruit (Amerika Syarikat) atau paw wong fa kor (China).

Isi buah naga berwarna putih, merah, atau ungu dengan taburan biji-biji yang berwarna hitam yang boleh dimakan. Tekstur isinya adalah seperti isi tembikai, manakala rasanya pula adalah seperti buah kiwi. Ciri-ciri unik inilah yang menjadikan buah naga amat sesuai dijadikan ramuan dalam salad buah-buahan.