Buah kiwi
Buah kiwi (Jawi: بواه كيوي; bahasa Inggeris: kiwifruit atau kiwi, Bahasa Māori: [huakiwi] Error: {{Lang}}: text has italic markup (help)) merupakan sejenis buah beri didapati daripada mana-mana pokok menjalar dalam genus Actinidia. Kumpulan kultivar buah kiwi yang paling biasa ('Hayward') adalah berbentuk bujur seperti sebiji telur ayam (5–8 sentimeter (2.0–3.1 in) panjang dan berdiameter 4.5–5.5 sentimeter (1.8–2.2 in)). Ia mempunyai kulit berbulu dan berwarna perang-kehijauan pudar dan manakala isinya pula berwarna hijau terang atau keemasan dengan barisan biji-biji kecil hitam yang boleh dimakan. Buah ini memiliki struktur yang lembut serta rasa yang unik tetapi masam dan manis.
Buah ini didatangkan asalnya dari tengah dan timur tanah besar China. Pada hari ini, buah kiwi dijadikan tanaman komersial di negara Itali, New Zealand, Perancis, Yunani dan Chile.