Bruce Willis
Bruce Willis | |
|---|---|
Bruce Willis di San Diego Comic-Con International | |
| Kelahiran | Walter Bruce Willis 19 Mac 1955 |
| Nama lain | W.B. Willis, Walter Willis |
| Pekerjaan | Pelakon, penerbit filem, pemuzik |
| Tahun aktif | 1980–2022 |
| Pasangan | Demi Moore (k. 1987; c. 2000) Emma Heming (k. 2009) |
| Anak-anak | 5 (termasuk Rumer Willis) |
Walter Bruce Willis (lahir 19 Mac 1955) ialah bekas pelakon, penerbit, dan ahli muzik Amerika Syarikat. Kerjayanya bermula di televisyen pada 1980-an dan berterusan di televisyen dan filem, termasuklah peranan komedi, drama, dan aksi.
Beliau dikenali dengan peranannya sebagai John McClane dalam siri filem Die Hard. Beliau telah muncul dalam lebih daripada 60 filem, termasuklah kejayaan pecah panggung seperti filem-filem Pulp Fiction (1994), 12 Monkeys (1995), The Fifth Element (1997), Armageddon (1998), The Sixth Sense (1999), Unbreakable (2000), Sin City (2005), Looper (2012) dan Moonrise Kingdom (2012).
Beliau bersara pada 2022 berikutan diagnosis afasia.