Armageddon (filem 1998)
| Armageddon | |
|---|---|
Poster tayangan pawagam | |
| Pengarah | Michael Bay |
| Lakon layar |
|
| Cerita oleh |
|
| Dihasilkan oleh |
|
| Dibintangi |
|
| Dikisahkan oleh | Charlton Heston |
| Sinematografi | John Schwartzman |
| Disunting oleh |
|
| Muzik oleh | Trevor Rabin |
Syarikat penerbitan |
|
| Diedarkan oleh | Walt Disney Studios Motion Pictures/Buena Vista Pictures |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 150 minit |
| Negara | Amerika Syarikat |
| Bahasa | Inggeris |
| Bajet | $140 juta |
| Pecah panggung | $553.7 juta |
Armageddon merupakan sebuah filem cereka sains bencana Amerika Syarikat tahun 1998 diarahan Michael Bay, diterbitkan oleh Jerry Bruckheimer edaran oleh Touchstone Pictures. Filem ini mengisahkan mengenai sekumpulan pekerja kolar biru pengerudi teras dalam yang dihantar oleh NASA bagi menghentikan asteroid gergasi yang dalam laluan perlanggaran dengan Bumi. Ia menonjolkan pelakon gabungan termasuk Bruce Willis, Ben Affleck, Billy Bob Thornton, Liv Tyler, Owen Wilson, Will Patton, Peter Stormare, William Fichtner, Michael Clarke Duncan, Keith David, dan Steve Buscemi.
Armageddon mula ditayangkan di pawagam hanya dalam 2-1/2 bulan selepas Deep Impact yang berdasarkan hentaman asteroid yang sama, yang dibintangi oleh Robert Duvall, dan Morgan Freeman. Prestasi Armageddon lebih baik dalam box office, sementara pakar astronomi menggambarkan filem Deep Impact sebagai lebih tepat dari segi saintifik. Armageddon merupakan kejayaan box-office antarabangsa sungguhpun mendapat penilaian bercampur dari pengkritik, menjadi filem paling banyak pendapatan kasar sepanjang tahun 1998, melebihi filem epik perang Steven Spielberg Saving Private Ryan.