Brownie

Brownie
Brownie coklat buatan sendiri
JenisSegi empat atau bar
Tempat asalAmerika Syarikat
Bahan utamaTepung, mentega, telur, coklat atau serbuk koko, gula
Keragaman/variasiBlondie
sunting ยท sunting di Wikidata

Brownie [brau-ni] merupakan kepingan pencuci mulut berasaskan coklat bersegi empat dibakar. Brownie datang dalam pelbagai bentuk dan mungkin sama ada berfudge atau berkerak, bergantung kepada ketumpatan bahan yang digunakan. Bahan yang digunakan mungkin termasuk kekacang, aising, keju krim, cip coklat dan sebagainya. Variasi yang dibuat dengan gula perang selain coklat dalam adunan dipanggil brownie blondie atau blondie. Makanan ini pertama kali dibangunkan di Amerika Syarikat pada akhir abad ke-19 dan dipopularkan di dua-dua negara tersebut dan Kanada pada separuh pertama abad ke-20.

Brownies biasanyab oleh dimakan begitu sahaja mahupun bersampingan dengan susu, dihidangkan panas dengan ais krim (ala mode), dihiasi dengan krim putar, atau ditaburi dengan gula aising dan fudge. Di Amerika Utara mereka menjadikannya seperti makan tengahari biasa, dan juga popular di restoran dan kedai kopi.