Tulisan Brāhmī

Brahmi
Jenis tulisan
Tempoh masa
mungkin abad ke-6 SM, dan tentulah adab ke-3 SM, hingga c. abad ke-3
Arah tulisanLeft-to-right 
Bahasa-bahasaBahasa-bahasa Prakrit awal
Tulisan berkaitan
Sistem tulisan induk
Tulisan Proto-Kanaan.
Sistem tulisan turunan
Gupta dan lain-lain.
Sistem tulisan kerabat
Kharoṣṭhī

Brāhmī ialah nama moden yang diberikan kepada ahli-ahli tertua dalam salasilah tulisan India. Catatan-catatan Brāhmī yang paling terkenal merupakan ukiran Titah-Perintah Ashoka di kawasan utara tengah India dari abad ke-3 SM yang dikenali sebagai contoh-contoh terawal tulisan Brāhmī, namun sistem tulisan berkenaan mungkin lebih lama digunakan, seawal-awal abad ke-6 SM. Pada tahun 1837, catatan tersebut berjaya ditafsirkan oleh seorang ahli arkeologi, filologi dan pegawal Syarikat Hindia-Timur British bernama James Prinsep.

Seperti tulisan Kharoṣṭhī yang sezaman dengannya yang pernah wujud di kawasan Afghanistan dan Pakistan, Brāhmī merupakan tulisan abugida, iaitu abjad konsonan yang diiringi tanda diakritik sebagai vokal. Huruf-hurufnya disusun mengikut grid (varga) mengikut prinsip fonetik, oleh itu tulisan ini ketika dicipta dikatakan hasil inovatif.

Tulisan ini merupakan nenek moyang bagi kebanyakan tulisan di Asia Selatan, Asia Tenggara, Tibet, dan mungkin juga Hangul Korea. Nombor Brahmi merupakan nenek moyang Nombor Hindu-Arab, yang kini digunakan di seluruh dunia. Susunan abjad Brāhmī juga diterima guna sebagai urutan tulisan kana Jepun, namun huruf-hurufnya pula tiada kaitan langsung.