Bombus

Bombus
Julat zaman:
Lebah spesies Bombus terrestris hinggap atas sekuntum bunga
Pengelasan saintifik
Domain: Eukaryota
Alam: Haiwan
Filum: Arthropoda
Kelas: Insecta
Order: Hymenoptera
Keluarga: Apidae
Tribus: Bombini
Genus: Bombus
Latreille, 1802
Diversiti
> 250 species and subspecies
Natural distribution shown in red.
Introductions to New Zealand, spread to Tasmania not shown

Genus Bombus tergolong dalam keluarga lebah Apidae merangkumi lebih 250 spesies disebut sebagai lebah dengung, kumbang dengung atau kumbang bombel yang bertaburan di ketinggian atau latitud jauh Hemisfera Utara, namun ada juga spesies tropika dataran rendah dijumpai dan dikenal pasti di Amerika Selatan; ia turut diperkenalkan ke New Zealand dan Tasmania. Hidupan-hidupan genus ini dapat dibezakan daripada lebah lain melalui badan yang tampak bulat dan berbulu halus.

Nama genus ini diberikan oleh ahli zoologi Perancis Pierre André Latreille pada tahun 1802 berakar daripada kata Yunani Kuno βόμβος bómbos.