Bohemian Rhapsody (filem)
| Bohemian Rhapsody | |
|---|---|
| Pengarah | Bryan Singer |
| Lakon layar | Anthony McCarten |
| Cerita oleh |
|
| Dihasilkan oleh |
|
| Dibintangi | |
| Sinematografi | Newton Thomas Sigel |
| Disunting oleh | John Ottman |
| Muzik oleh | John Ottman |
Syarikat penerbitan |
|
| Diedarkan oleh | 20th Century Fox |
Tarikh tayangan |
|
| Negara |
|
| Bahasa | English |
Bohemian Rhapsody merupakan sebuah filem biografi mengenai kumpulan rock Bristih Queen, yang memfokuskan kehidupan penyanyi utamanya, Freddie Mercury. Ia telah diarahkan oleh Bryan Singer dan Dexter Fletcher, dan ditulis oleh Anthony McCarten. Ia dibintangi oleh Rami Malek sebagai Mercury, bersama-sama dengan Lucy Boynton, Gwilym Lee, Ben Hardy, Joseph Mazzello, Aidan Gillen, Tom Hollander, Allen Leech dan Mike Myers sebagai watak pembantu. Brian May dan Roger Taylor bertindak sebagai penerbit.
Pengambaran telah dilakukan di London pada September 2017 dengan Singer sebagai pengarah. Namun begitu, Singer telah dipecat pada Disember 2017 kerana menghilangkan diri selain berselisihan faham dengan pelakon dan krew. Fletcher telah dilantik untuk menyelesaikan kerja sebagai pengarah. Pengambaran berakhir pada Januari 2018. Filem ini dijadualkan untuk tayangan di United Kingdom pada 24 Oktober 2018, dan 2 November 2018 di Amerika Syarikat oleh 20th Century Fox.