Allen Leech

Allen Leech
Leech pada 2011
Kelahiran
Alan Leech

(1981-05-19) 19 Mei 1981
Killiney, County Dublin, Ireland
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1998–kini

Allen Leech (lahir Alan Leech; lahir 19 Mei 1981) ialah pelakon lelaki Ireland yang terkenal dengan watak sebagai Tom Branson di siri drama sejarah Downton Abbey. Beliau memulakan kerjaya lakonan profesionalnya dengan peranan kecil dalam produksi A Streetcar Named Desire 1998. Penampilan filem pertamanya sebagai Vincent Cusack di Cowboys & Angels, dan menerima pencalonan Irish Film & Television Academy pada tahun 2004 dengan penampilannya sebagai Mo Chara di Man About Dog. Leech memegang watak Marcus Agrippa di siri drama sejarah HBO, Rome. Beliau juga memegang watak sebagai Paul Prenter di filem biografi Bohemian Rhapsody (2018).