BoBoiBoy Galaxy Musim 2

BoBoiBoy Galaxy Musim 2
PengkaryaNizam Razak, Anas Abdul Aziz dan lain-lain
NegaraMalaysia
Singapura
Brunei
BahasaBahasa Melayu
GenreFiksyen, animasi, pengembaraan
PenerbitAnimonsta Studios
Tahun terbit16 Mac 2020 (2020-03-16)
Jenis mediaKomik
Bil. buku27 (setakat April 2023) (List of books)
DidahuluiBoBoiBoy Movie 2

BoBoiBoy Galaxy Musim 2 ialah siri komik yang diterbitkan di Malaysia. Ia merupakan sambungan bagi siri animasi televisyen, BoBoiBoy Galaxy Musim 1 yang disiarkan di televisyen Malaysia pada tahun 2016–2018 dan BoBoiBoy Movie 2 yang ditayangkan di pawagam Malaysia pada 2019. Ia diterbitkan oleh Animonsta Studios. Isu pertama komik ini mula diedarkan pada 16 Mac 2020. Setiap isu bagi komik ini akan dihiasi dengan 48 muka surat ilustrasi penuh warna. Walaubagaimanapun, siri ini akan kembali dalam bentuk animasi pada Disember 2023.