Blythe Danner
Blythe Danner | |
|---|---|
Blythe Danner in 2010 | |
| Kelahiran | Blythe Katherine Danner 3 Februari 1943 Philadelphia, Pennsylvania, A.S. |
| Pusat pendidikan | Bard College |
| Pekerjaan | Pelakon |
| Tahun aktif | 1968–kini |
| Pasangan | Bruce Paltrow (k. 1969; m. 2002) |
| Anak-anak |
|
| Saudara | Harry Danner (adik) Katherine Moennig (anak saudara) |
Blythe Katherine Danner (lahir 3 Februari 1943) ialah seorang pelakon wanita Amerika Syarikat. Beliau ialah penerima beberapa anugerah, termasuk dua Anugerah Emmy Primetime untuk Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dalam Siri Drama untuk wataknya sebagai Izzy Huffstodt dalam Huff (2004–2006), dan Anugerah Tony untuk Pelakon Wanita Terbaik untuk penampilannya dalam Butterflies Are Free di Broadway (1969–1972).
Danner berkahwin dengan penerbit dan pengarah, Bruce Paltrow, yang meninggal dunia akibat kanser mulut pada tahun 2002. Beliau dan Paltrow memiliki dua anak bersama, pelakon Gwyneth Paltrow dan pengarah Jake Paltrow.