Biskut tawar
| Biskut tawar | |
|---|---|
Biskut tawar disapu dengan susu pekat | |
| Jenis | kraker atau biskut |
| Tempat asal | Ireland |
| Dicipta oleh | Joseph Haughton |
| Bahan utama | Tepung gandum, yis roti |
| sunting ยท sunting di Wikidata | |
Biskut tawar atau krim kraker ialah sejenis biskut yang kebiasaannya rata dan berbentuk empat segi. Nama "krim kraker" yang berasal dari bahas Inggeris cream crackers merujuk kepada kaedah di mana campuran untuk membuat biskut dikrim semasa pembuatan. Biskut tawar disediakan secara tradisional menggunakan doh yang ditapai.
Biskut tawar diperbuat daripada tepung gandum, minyak sayuran dan yis. Sesetengah orang menghidangkannya dengan keju, daging kornet atau dihias dengan perisa lain, seperti Marmite atau Vegemite. Ia juga boleh dimakan dengan mentega atau marjerin, mahupun dimakan begitu sahaja.