Bintang Daud

38°43′04″N 97°48′24″W / 38.717704°N 97.80673°W / 38.717704; -97.80673

Perisai Daud atau dalam bahasa Ibrani: Magen David, מָגֵן דָּוִד dengan nikkud atau tanpa nikkud דוד, diucapkan Magen David [ma.'gen da.'vid] dalam Ibrani modern dan Mogein Dovid ['mɔ.geɪn 'dɔ.vid] atau Mogen Dovid ['mɔ.gen 'dɔ.vid] dalam bahasa Ibrani Ashkenazi dan Yiddish adalah sebuah lambang yang umumnya dikenali sebagai lambang komuniti Yahudi dan Agama Yahudi. Nama ini diambil dari nama raja Israel kuno, dan mulai digunakan pada Abad Pertengahan, berasma-sama dengan lambang yang lebih tua lagi iaitu menorah.

Dengan terbentuknya negara Israel pada 1948 Bintang Daud pada Bendera Israel juga telah menjadi lambang Israel.

Dalam Unicode, "Bintang Daud" diberi kod U+2721 ().