Menorah

Menorah (Ibrani: מְנֹרַת terbitan kata dasar נר ner "cahaya" sewarisan Arab: مَنَارَة, rumi: manārah terbitan نَوَّرَnawwara "menyalakan, menerangi") merupakan tapak kaki lilin yang bercabang tujuh. Ia merupakan satu perkakasan upacara yang diceritakan dalam bahagian Miqrah Alkitab pernah digunakan di Kuil Suci Baitulmaqdis. Ia merupakan simbol kepada agama Yahudi hampir 3000 tahun. Menorah merupakan salah satu simbol yang paling lama digunakan oleh orang Yahudi.