Pelindung batuan Bhimbetka

Pelindung batuan Bhimbetka
Tapak Warisan Dunia UNESCO
KriteriaKebudayaan: (iii)(v)
Rujukan925
InskripsiSesi 2003 (ke-27 )
Paparan amaran: Page using Template:Infobox UNESCO World Heritage Site with unknown parameter "State Party"

22°55′40″N 77°35′00″E / 22.92778°N 77.58333°E / 22.92778; 77.58333

Pelindung batuan Bhimbetka (Devanagari: भीमबेटका पाषाण आश्रय) ialah tapak arkeologi Warisan Dunia yang terletak di Daerah Raisen di negeri Madhya Pradesh, India. Pelindung-pelindung itu menampilkan kesan terawal kehidupan manusia di India, dengan sejumlah analisis menunjukkan bahawa sesetengah pelindung itu telah dihuni oleh manusia selama melebihi 100,000 tahun. Beberapa lukisan batuan dari Zaman Batu yang ditemui di kawasan pelindung batuan Bhimbetka berusia sekitar 30,000 tahun.

Nama "Bhimbetka" mempunyai kaitan dengan Bhima, seorang pahlawan-dewa yang terkenal dari epik Mahabharata kerana kekuatannya yang amat sangat berkuasa. Perkataan "Bhimbetka" juga dikatakan berasal daripada "Bhimbaithka" yang membawa pengertian "tempat duduk Bhima".