Daerah Raisen
| Raisen daerah रायसेन जिला | |
|---|---|
Lokasi daerah Raisen di Madhya Pradesh | |
| Negeri | Madhya Pradesh, India |
| Bahagian Pentadbiran | Bhopal |
| Pusat | Raisen |
| Keluasan | 8,395 km2 (3,241 bt2) |
| Jumlah penduduk | 1,120,159 (2001) |
| Kawasan Pilihan Raya Lok Sabha | Hoshangabad |
| Laman rasmi | |
Daerah Raisen ialah salah satu daerah di negeri Madhya Pradesh di India. Daerah itu ialah sebahagian Divisi Bhopal. Daerah Raisen mempunyai 1,120,159 penduduk yang terdiri daripada 595,730 orang lelaki dan 524,429 orang perempuan. Bandar Raisen ialah pusat daerah.
Nama "Raisen" berasal daripada kubu yang amat besar di kawasan ini. Kubu itu dibina di atas sebuah bukit batu pasir, dengan bandar Raisen ditempatkan di kaki bukit. Bagaimanapun, nama "Raisen" mungkin juga merupakan penyelewengan perkataan "Rajavasini" atau "Rajasayan, tempat kediaman diraja.