Berghof (Hitler)

The Berghof
Berghof
"The Berghof" Berchtesgaden di puncak Obersalzberg, rumah peranginan Adolf Hitler. Di bahagian hadapan adalah pintu masuk.
Nama lamaHaus Wachenfeld
Maklumat umum
StatusDirobohkan
JenisChalet
Gaya seni binaSwiss chalet style (en)
LokasiObersalzberg restricted area, Berchtesgaden
Bandar/pekanObersalzberg, Berchtesgaden (Jerman)
NegaraJerman dan Jerman Nazi
Koordinat47°38′01″N 13°02′31″E / 47.63361°N 13.04194°E / 47.63361; 13.04194
Ketinggian921 m (3,022 ka)
Penyewa terkiniAdolf Hitler (1928)
Pembinaan bermula1916
Diubah suai pada1935 - 1936
Dirobohkan pada25 April 1945
PemilikAdolf Hitler
Reka bentuk dan seni bina
ArkitekAlois Degano (en)
Firma arkitekHochtief AG
Kontraktor utamaHochtief (mul)
sunting · sunting di Wikidata

Berghof adalah rumah Adolf Hitler di Obersalzberg atas Pergunungan Bavaria berhampiran Berchtesgaden, Bavaria, Jerman. Selain daripada Wolfsschanze di Prusia Timur, Hitler menghabiskan banyak masa di Berghof daripada mana-mana tempat semasa Perang Dunia II. Ia juga merupakan salah sebuah markasnya yang paling terkenal, yang bertempat di seluruh Eropah.

Dibina semula, diperbesarkan lagi dan dinamakan semula pada tahun 1935, Berghof merupakan rumah peranginan Hitler selama sepuluh tahun. Pada pengakhiran April 1945 rumah tersebut telah dirosakkan oleh serangan udara British, di bakar oleh askar SS yang sedang berundur pada awal Mei, dan dirompak selepas tentera Bersekutu tiba disana. Rumah yang hangus itu telah diruntuhkan oleh kerajaan Bavaria pada tahun 1952.