Wolfsschanze
| Wolf's Lair | |
|---|---|
Wolfsschanze | |
Pintu masuk ke Führer Bunker di Wolfsschanze. | |
Location within Poland | |
| Etimologi | Adolf Hitler |
| Maklumat umum | |
| Jenis | Headquarters (en) , struktur seni bina |
| Lokasi | Kętrzyn |
| Bandar/pekan | Hutan Gierłoż, Rastenburg, Poland |
| Negara | Poland dan Jerman Nazi |
| Koordinat | 54°04′46″N 21°29′37″E / 54.079344°N 21.493544°E |
| Pembinaan bermula | 1940 |
| Disiapkan pada | 21 Jun 1941 |
| Dimusnahkan pada | 24-25 Januari 1945 |
| Pemilik | Kerajaan Poland |
| Butiran teknikal | |
| Bahan | Konkrit diperkukuhkan |
| Reka bentuk dan seni bina | |
| Firma arkitek | Hochtief AG Organisasi Todt |
| Kontraktor utama | Organisasi Todt, Hochtief (mul) |
| Maklumat lain | |
| https://wolfsschanze.pl/en/location-and-construction/ | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Wolfsschanze ("Sarang Serigala" - juga dalam bahasa Inggeris: Wolf's Lair) adalah merupakan sebuah ibu pejabat ketenteraan pertama Adolf Hitler di perbatasan timur semasa Perang Dunia II. Ia merupakan salah satu daripada beberapa Markas Führer (Führerhauptquartier) yang terletak di pelbagai tempat di Eropah. Kompleks ini yang dibina untuk Operasi Barbarossa, serangan Jerman ke atas Kesatuan Soviet pada tahun 1941, terletak di dalam hutan Masuria, kira-kira 8 kilometer (5.0 bt) daripada sebuah bandar kecil Rastenburg, Prusia Timur (kini Kętrzyn di Poland).
Sistem kubu asal telah dibina oleh Organisasi Todt, tetapi rancangan pembesaran selepasnya tidak pernah disiapkan; kerja-kerja pembesaran telah dihentikan hanya beberapa hari sebelum kemaraan Tentera Merah Rusia ke Angerburg (kini Węgorzewo), sejauh kira-kira 15 kilometer (9.3 bt) darinya. Merupakan markas paling rahsia dengan keselamatan yang ketat, ia telah dikawal oleh anggota-anggota daripada Reichssicherheitsdienst SS dan pasukan daripada Führer Begleit Brigade armor Wehrmacht'. Walaupun tiga zon sekuriti mengelilingi tengah kompleks dimana Führer bunker ditempatkan, satu percubaan membunuh Hitler telah berlaku di Wolf's Lair pada 20 Julai 1944.
Hitler tiba buat pertama kali di Wolf's Lair pada lewat malam 23 Jun 1941, dan berlepas pulang untuk kali terakhir pada 20 November 1944. Keseluruhannya, beliau telah menghabiskan lebih daripada 800 hari di sini sepanjang tempoh 3 1/2-tahun.
Kompleks ini dimusnahkan dan ditinggalkan pada 25 Januari 1945, hanya 48 jam sebelum kedatangan tentera Soviet. Sisa tinggalannya kini terletak di perkampungan desa, Gierłoż (Jerman: Forst Görlitz) berdekatan Kętrzyn, Poland.