Belalang juta

Belalang juta merujuk pada satu koleksi tertentu spesies belalang dari keluarga Acrididae dalam mempunyai tingkah laku untuk membentuk kawanan. Serangga jenis ini biasanya hidup bersendirian, akan tetapi dalam keadaan tertentu populasinya menjadi banyak dan ia mula menukar tingkah laku dan kebiasaan mereka, menjadi lebih suka berkawan. Tiada perbezaan taksonomi dibuat antara spesies belalang juta dan belalang; asas definisi ini adalah sama ada ia ialah spesies yang membentuk kawanan di bawah keadaan yang bersuaian atau tidak. Belalang-belalang ini tidak berbahaya, didapati dalam jumlah yang sedikit dan tidak mengancam pertanian. Bagaimanapun, di bawah keadaan yang bersuaian seperti keadaan kemarau diikuti oleh pertumbuhan tumbuh-tumbuhan yang cepat, serotonin di dalam otaknya akan mencetuskan satu set perubahan dramatik: ia mula membiak dengan banyak, membentuk kawanan dan berhijrah apabila populasi menjadi cukup padat.

Belalang juta menyebabkan wabak sejak zaman prasejarah. Tamadun Mesir Purba mengukir imej belalang juta pada makam-makam mereka dan serangga ini juga ada disebut di dalam Iliad, Bible dan Al-Quran. Kawanan belalang juta boleh memusnahkan kawasan tanaman yang luas dan menjadi penyebab kebuluran dan penghijrahan manusia. Baru-baru ini, perubahan dalam pertanian dan pengawasan yang lebih baik di lokasi-lokasi di mana kawanan belalang juta biasanya muncul, bermakna usaha kawalan boleh dilaksanakan pada tahap awal. Langkah tradisional adalah dengan menggunakan racun serangga di darat dan udara, selain menggunakan kawalan biologi.

Ancaman belalang juta (Schistocerca gregaria) telah mengancam penghasilan pertanian di Afrika, Timur Tengah dan Asia selama berabad lamanya. Kehidupan hampir satu per sepuluh dari penduduk dunia boleh terjejas akibat serangga yang kelaparan ini.