Bebola hembus
Lycoperdon perlatum
Calbovista subsculpta
Calvatia cyathiformis
Bebola hembus dijumpai dalam beberapa genus bahagian Basidiomycota.
Bebola hembus ialah sejenis kulat yang mempunyai jasad berbuah berbentuk bebola yang (apabila matang) akan pecah terkena sentuhan atau hentaman, melepaskan kepulan spora bak debu ke kawasan sekeliling. Bebola hembus tergolong dalam bahagian Basidiomycota dan merangkumi beberapa genus, termasuk Calvatia, Calbovista dan Lycoperdon. Bebola hembus sebelum ini dianggap sebagai kumpulan taksonomi yang dipanggil Gasteromycetes atau Gasteromycetidae, tetapi kini diketahui bahawa ia adalah kumpulan polifiletik.