Bazli Hazwan

Bazli Hazwan
Kelahiran
Bazli Hazwan bin Che Osman

(1984-09-08) 8 September 1984
Nama lainBazli UNIC
PekerjaanPenyanyi
Tahun aktif2002–kini
Terkenal keranaUNIC
PasanganAsiah Abu Bakar (k. 2010)

Bazli Hazwan Che Osman atau lebih dikenali sebagai Bazli UNIC (lahir 8 September 1984 di Perlis dan dibesarkan di Kota Tinggi, Johor). Bazli merupakan salah seorang anggota asal kumpulan nasyid UNIC dari tahun 2002 sehingga kini bersama-sama Fitri Haris (juga anggota asal UNIC) dan Fakhrul Radhi, malah beliau juga merupakan satu-satunya anggota asal yang bertahan dan tidak pernah keluar dari UNIC. Beliau juga merupakan graduan lulusan diploma Al-Quran & Sunnah dari Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor atau lebih dikenali sebagai KUIS. Beliau pernah melanjutkan pelajaran di Universiti Al-Azhar, Mesir dalam bidang Usuluddin.

Beliau juga merupakan anak sulung daripada 8 adik-beradik di mana mempunyai 5 orang lelaki dan 3 orang perempuan. Berasal dari keluarga pendidik, beliau turut berbakat dalam mengubah lirik lagu dalam album UNIC itu sendiri dengan menambahkan perkataan Di di depan bait ayat Atas Nama Cinta.