Baykar Bayraktar Akıncı
| Bayraktar Akıncı | |
|---|---|
| Akinci milik Tentera Udara Azerbaijan | |
| Peranan | Kenderaan tempur udara tanpa pemandu |
| National origin | Turkiye |
| Pengeluar | Baykar |
| Pereka | Baykar |
| Penerbangan sulung | 6 Disember 2019 |
| Pengenalan | 29 Ogos 2021 |
| Status | Aktif |
| Pengguna utama | Angkatan Tentera Turkiye |
| Dikeluarkan | 2019–kini |
| Jumlah dibina | 60+ |
Bayraktar Akıncı (sebutan Turki: [bajraktar akɯnd͡ʒɯ], Raider lit. "Akinji") adalah sebuah kenderaan tempur udara tanpa pemandu (UCAV) aras tinggi tahan lama (High Attitude Long Endurance-HALE) yang dikilangkan oleh syarikat pertahanan Turkiye, Baykar. Tiga buah unit pertama memasuki perkhidmatan dengan Angkatan Tentera Turkiye pada 29 Ogos 2021.
Pesawat ini memiliki berat 5.5+ tan berat berlepas maksima (MTOW), di mana lebih 1,350 kg (2,980 lb) merupakan beban muatannya. Akıncı juga dilengkapi dengan dua buah enjin turboprop sama ada 450 hp (460 PS; 340 kW) atau 750 hp (760 PS; 560 kW), selain sistem-sistem sokongan elektronik dan ECM, sistem dual komunikasi satelit, radar udara ke udara, radar pengelakan perlanggaran, dan radar apertur sintetik canggih.