Battle Royale (filem)
| Battle Royale | |
|---|---|
Poster tayangan pawagam | |
| Pengarah | Kinji Fukasaku |
| Lakon layar | Kenta Fukasaku |
| Berdasarkan | Battle Royale oleh Koushun Takami |
| Dihasilkan oleh | Masao Sato Masumi Okada Teruo Kamaya Tetsu Kayama |
| Dibintangi | Tatsuya Fujiwara Aki Maeda Taro Yamamoto Masanobu Ando Kou Shibasaki Chiaki Kuriyama Takeshi Kitano |
| Sinematografi | Katsumi Yanagishima |
| Disunting oleh | Hirohide Abe |
| Muzik oleh | Masamichi Amano |
Syarikat penerbitan | |
| Diedarkan oleh | Toei Company |
Tarikh tayangan | 16 Disember 2000 |
Masa tayangan | 113 minit (Original release) 121 minutes (Extended cut) |
| Negara | Jepun |
| Bahasa | Jepun |
| Bajet | US$4.5 juta |
| Pecah panggung | JP¥3.11 bilion (US$25,000,000+) (Japan) |
Filem Battle Royale (bahasa Melayu harafiah Pertempuran Diraja ) merupakan sebuah filem aksi seram ngeri berbahasa Jepun yang diarahkan oleh Kinji Fukasaku,dibintangi oleh Takeshi Kitano dan berdasarkan novel 1999 dengan tajuk yang sama oleh Koshun Takami.Filem ini merupakan filem terakhir arahan Kinji.Filem ini mengisahkan mengenai Shuya Nanahara, seorang pelajar berumur 15 tahun yang telah dipaksa oleh pihak kerajaan untuk menyertai sebuah rancangan televisen dimana semua peserta harus berbunuh-bunuhan sehinggalah hanya seorang yang masih hidup. Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 16 Disember 2000.
Filem ini merupakan antara filem Jepun dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman dan telah ditayangkan di 22 buah negara.Filem ini mendapat kritikan positif dan dianggap sebagai antara filem Jepun yang paling dikenali di seluruh dunia, selain antara karya terbaik arahan Kinji.Filem ini juga mencipta kontroversi kerana jalan ceritanya dan telah diharamkan di beberapa buah negara. Sekuel bagi filem ini, Battle Royale II: Requiem telah ditayangkan kepada umum pada 5 Julai 2003.