Baru Öröba adalah sebuah baju zirah leluri suku Nias di Indonesia. Contoh yang paling awal dari baju pelindung ini dibuat daripada kulit buaya. Selepas buaya tidak dapat ditemukan lagi di Nias, bahannya diganti dengan logam yang dipalu.