Orang Nias

Orang Nias
Ono Niha
Orang dari Pulau Nias menari tarian tradisional Moyo, 2017.
Jumlah penduduk
1,041,925 (bancian 2010)
Kawasan ramai penduduk
 Indonesia (Nias)
Bahasa
Bahasa Nias, Bahasa Indonesia
Agama
Protestan (utama) 73%, Katolik Rom 20%, Islam, Animisme
Kumpulan etnik berkaitan
Batak, Mentawai

Orang Nias ialah kumpulan etnik Austronesia yang berasal dari Nias, sebuah pulau di luar pantai barat Sumatera Utara, Indonesia. Dalam bahasa Nias, mereka dipanggil sebagai Ono Niha, secara harafiahnya bererti "keturunan manusia". Di samping itu, pulau Nias dipanggil sebagai Tanö Niha; Tanö bererti "tanah".

Orang Nias merupakan sebuah komuniti yang terus hidup mengikut norma dan amalan budaya asal mereka. Undang-undang adat orang Nias secara umumnya dikenali sebagai fondrakö, yang mengatur semua aspek kehidupan dari lahir hingga mati Bukit-bukti struktur ukiran batu dan di kawasan pulau dan struktur megalit membuktikan suku ini mengamalkan budaya megalit. Sistem kasta juga wujud dalam budaya Nias; budaya Nias memiliki 12 taraf kasta dengan kasta tertinggi ialah kasta Balugu. Untuk mencapai taraf ini, seseorang mesti berupaya menganjurkan upacara-upacara besar seperti mengalu-alukan ribuan orang serta menyembelih ribuan ekor khinzir dalam beberapa hari.