Bank Kanada

Bank Kanada
بڠك كندا
Inggeris: Bank of Canada
Perancis: Banque du Canada
Maklumat am
Ditubuhkan1935 (1935)
Bank pusat bagi Kanada
Mata wangDolar Kanada
CAD (ISO 4217)
Tapak sesawangwww.bank-banque-canada.ca
Pentadbiran dan pengurusan
PemilikanMenteri Kewangan
bagi pihak Mahkota
GabenorTiff Macklem
Perangkaan
RizabAS$ 69.080 juta
Kadar bank0.25%
Faedah ke atas rizab0.25%
Lokasi
Ibu pejabatBangunan Bank Kanada
Ottawa, Ontario
NegaraKanada
Koordinat45°25′15″N 75°42′11″W / 45.42088°N 75.702968°W / 45.42088; -75.702968
sunting · sunting di Wikidata

Bank Kanada (Inggeris: Bank of Canada; Perancis: Banque du Canada) ialah perbadanan mahkota dan bank pusat bagi negara Kanada. Dipiagamkan pada tahun 1934 di bawah Akta Bank Kanada, badan ini bertanggungjawab dalam merumuskan dasar monetari Kanada, serta menggalakkan sistem kewangan yang selamat dan kukuh di Kanada. Bank Kanada adalah satu-satunya pihak berkuasa yang mengeluarkan wang kertas Kanada, menyediakan perkhidmatan perbankan dan pengurusan wang untuk kerajaan, serta meminjamkan wang kepada institusi-institusi kewangan Kanada. Kontrak untuk menghasilkan wang kertas dipegang oleh Syarikat Wang Kertas Kanada sejak tahun 1935.

Ibu pejabat Bank Kanada terletak di Bangunan Bank Kanada, 234 Wellington Street di Ottawa, Ontario. Bangunan ini juga digunakan untuk menempatkan Muzium Bank Kanada, yang dibuka pada bulan Disember 1980 dan ditutup sementara pada tahun 2013. Sehingga Julai 2017, muzium ini kini terletak di 30 Bank Street, Ottawa, Ontario, tetapi dihubungkan ke bangunan utama melalui bilik mesyuarat bawah tanah Bank Kanada.