Perbadanan mahkota di Kanada
Perbadanan Mahkota Kanada (Inggeris: Crown corporations of Canada; Perancis: Sociétés de la Couronne du Canada) ialah badan, jabatan dan syarikat yang dimiliki oleh monarki Kanada. Dalam bahasa mudah, perbadanan mahkota merupakan suatu kumpulan syarikat berkaitan kerajaan bagi negara Kanada. Perbadanan ini ditubuhkan melalui Akta Parlimen dan melaporkan kepada badan itu melalui menteri-menteri yang berkaitan di kabinet.