Bangunan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang

Bangunan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang
Nama lamaMahkamah Majistret,
Ibu Pejabat Polis Pusat
Maklumat umum
StatusSiap
JenisDewan Undangan Negeri
Gaya seni binaAnglo-India
LokasiPulau Pinang
AlamatLebuh Light,
10200 George Town,
Pulau Pinang, Malaysia
Bandar/pekanGeorge Town, Pulau Pinang
NegaraMalaysia
Koordinat5°25′10″N 100°20′36″E / 5.419423°N 100.343265°E / 5.419423; 100.343265
Penyewa terkiniKerajaan Negeri Pulau Pinang
Pembinaan bermula1820-an
Diubah suai pada1959
Pembiayaan pengubahsuaian$150,000
PemilikKerajaan Negeri Pulau Pinang
JenisBudaya
Kriteriaii, iii, iv
Ditetapkan2008 (Mesyuarat ke-32 Jawatankuasa Warisan Dunia)
Sebahagian daripada
Zon Teras George Town UNESCO
No. rujukan
1223
RantauAsia-Pasifik
sunting · sunting di Wikidata

Bangunan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang merupakan tempat persidangan rasmi bagi Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Ia terletak di Lebuh Light di bandar raya George Town, Pulau Pinang, Malaysia, dalam kawasan Tapak Warisan Dunia UNESCO bandar tersebut. Semua persidangan Dewan Undangan Negeri dijalankan di dalam bangunan ini.

Dibina pada sekitar tahun 1820-an, bangunan bergaya klasik Anglo-India ini pada asalnya berfungsi sebagai sebahagian daripada Ibu Pejabat Polis Pusat George Town. Bangunan ini hanya ditukar fungsinya sebagai tempat persidangan Dewan Undangan Negeri pada tahun 1959.