Bandar Tun Abdul Razak, Keratong
Bandar Tun Abdul Razak ialah sebuah pekan yang terletak di barat Rompin, Pahang, Malaysia. Bandar ini terletak kira-kira 34.3 km dari Bandar Muadzam Shah. Bandar ini juga bersebelahan dengan Bandar Bahau kira-kira 67.5 km. Bandar ini terletak di kawasan yang strategik antara Bandar Segamat (kira-kira 62.7 km) dan Kuantan (itu ibu negeri Pahang kira-kira 135 km), yang mana Lebuhraya Tun Razak menjadi laluan utama yang menghubungkan kedua-dua bandar tersebut.