Sejong (bandar raya)
| Bandar Raya Autonomi Khas Sejong بندر راي اٴوتونومي خاص سيجوڠ | |
|---|---|
Peta Bandar Raya Autonomi Khas Sejong | |
| Transkripsi bahasa Korea | |
| Nama Hangul | 세종특별자치시 |
| Nama Hanja | 世宗特別自治市 |
| Nama Perumian Semakan | Sejong Teukbyeol-jachisi |
| Nama McCune-Reischauer | Sejong T’ŭkpyŏl-chach’isi |
| Nama lain | Sejong, Yeongi (dahulu) |
| Maklumat pentadbiran | |
| Negara | Korea Selatan |
| Subpembahagian | 1 kejiranan, 1 bandar, 9 perbandaran |
| Datuk bandar | Yoo Han-sik |
| Maklumat am | |
| Luas | 465.23 km2 (179.63 bt persegi) |
| Populasi (2012) | 122,263 |
| Koordinat | 36°35′33″N 127°17′30″E / 36.59250°N 127.29167°E |
| Loghat | Chungcheong dan Seoul |
| Laman sesawang | |
| www | |
sunting | |
Sejong (dahulunya dikenali sebagai kaunti Yeongi) atau nama rasminya Bandar Raya Autonomi Khas Sejong merupakan sebuah bandar raya terancang di Korea Selatan. Pada awal tahun 2007, kerajaan Republik Korea memutuskan untuk mewujudkan sebuah kawasan pentadbiran khas yang menempatkan 9 buah kediaman menteri dan 4 agensi kebangsaan yang pada masa kini terletak di Seoul. Kawasan bandar raya ini terletak di luar Seoul serta berada di antara dua wilayah iaitu Chungcheong Selatan dan Chungcheong Utara, berdekatan Daejeon. Sejong dibuka pada 2 Julai 2012 dengan 36 agensi kerajaan dijadualkan untuk berpindah di situ pada 2015.