Balistik (filem)

Balistik
Poster keluaran tayangan
PengarahSilver Chung
PenulisRosyam Nor
Silver Chung
Lakon layarRosyam Nor
Silver Chung
Cerita olehRosyam Nor
Silver Chung
Dihasilkan olehRosyam Nor
Adrian Teh
DibintangiRosyam Nor
Rita Rudaini
Jack Lim
Adi Putra
Raykarl Iskandar
Zul Ariffin
SinematografiYong Choong Lin
Disunting olehHeng
Syarikat
penerbitan
RK Screen
Asia Tropical Film
Diedarkan olehSkop Production
Tarikh tayangan
  • 18 November 2014 (2014-11-18) (Malaysia)
Masa tayangan
94 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
Kantonis
BajetRM 2.5 Juta
Pecah panggungRM 2.3 Juta

Balistik merupakan sebuah filem aksi jenayah Malaysia 2014 arahan Silver Chung. Ia mengisahkan tentang Saga (Rosyam Nor) yang bekerja sebagai pembunuh upahan. Saga juga merupakan suami kepada Salina (Rita Rudaini). Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Rykarl (Raykarl Iskandar). Kegiatan aktif Saga dalam dunia kongsi gelap membuatkan kehidupannya berisiko tinggi dan sentiasa terdedah kepada bahaya. Gaya hidupnya memaksa Saga untuk mengambil keputusan berpisah dengan Salina. Namun, anaknya di bawa bersama. Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 18 November 2014.