Baht Thailand
| Baht Thailand باة تهايلاند | |
|---|---|
| บาทไทย (Thai) kop (Melayu) | |
| ISO 4217 | |
| Kod | THB |
| Nombor | 764 |
| Eksponen | 2 |
| Jenis mata wang | |
| Subunit | |
| 1⁄100 | satang |
| Simbol | ฿ |
| Wang kertas | |
| Kerap digunakan | ฿20, ฿50, ฿100, ฿500, ฿1000 |
| Syiling | |
Kerap digunakan | ฿1, ฿2, ฿5, ฿10 |
Jarang digunakan | 25, 50 satang |
| Demografi | |
Pengguna rasmi | Thailand |
Pengguna tidak rasmi | Kemboja Laos Myanmar |
| Pengeluaran | |
| Bank Thailand | |
Tapak web | www |
Pihak pencetak | Note Printing Works of the Bank of Thailand |
Kilang wang | Royal Thai Mint |
Tapak web | www |
| Penilaian | |
Inflasi | 1.0% |
| Sumber | Inflation (annual %), World Bank, 2011-2015 |
| sunting | |
Baht (Bahasa Thai: บาท, disebut [bàːt]; tanda: ฿, kod: THB) atau kop (Jawi: كوڤ ejaan lama كوف, juga ditulis dalam Bahasa Thai: โกะ; adakala disebut kob atau kok) merupakan sebuah mata wang di Thailand. Ia dibahagikan kepada 100 satang (สตางค์, disebut [sətāːŋ]).
Mata wang ini asalnya unit daripada timbangan matawang butir perak bernama พดด้วง photduang; seunit baht atau kop ialah satu perempat daripada satu unit ตำลึง tamlueng yang setaraf dengan satu tahil.
Simbol khusus ฿ dimasukkan ke dalam piawai Unicode sejak Versi 1.0 dan diperuntukkan U+0E3F. SWIFT meletakkan baht Thailand pada tangga ke-10 dalam senarai mata wang paling kerap digunakan pada Februari 2017.