Bahasa himpunan
Bahasa himpunan atau bahasa penghimpun ialah sebuah bahasa pengaturcaraan tahap rendah seperti bahasa mesin yang mudah dihafal makna dan diguna untuk pengaturcaraan komputer. Sebuah penghimpun digunakan untuk menterjemahkan bahasa himpunan kepada bahasa mesin yang boleh difahami oleh komputer. Penyahhimpun pula digunakan untuk membuat kerja yang sebaliknya.
Bahasa himpunan menggunakan simbol-simbol tertentu untuk mewakili sesuatu kod operasi, simbol-simbol ini dipanggil mnemonik. Bahasa himpunan untuk lain pengeluar menggunakan mnemonik yang berbeza.