Bahasa mesin
Bahasa mesin (juga dikenali sebagai kod mesin) adalah suatu kompok huruf, nombor dan aksara khas lain mewakili bit perduaan yang dihimpunkan beraturan seumpama bahasa yang boleh dibaca dan ditafsir oleh komputer. Bahasa mesin yang tepat untuk sesuatu atur cara atau tindakan adalah berbeza mengikut sistem pengaturcaraan (OS) pada komputer, yang akan mengimlak bagaimana sesebuah pengkompilasi menulis atur cara atau tindakan kepada bahasa mesin.
Bahsa mesin ini dijalankan di unit pemprosesan pusat (CPU). Setiap tindakan yang diberikan akan menyebabkan CPU untuk menjalankan beberapa tugas tertentu seperti memuatkan, menyimpan atau mengendalikan unit aritmetik dan logik (ALU) pada satu atau lebih data dalam daftar atau ingatan CPU.