Bahasa Tombulu

Bahasa Tombulu
Bahasa Minahasa
Asli kepadaIndonesia
KawasanSulawesi utara
Penutur bahasa
(60,000 setakat 1981)
Austronesia
Kod bahasa
ISO 639-3tom
Glottologtomb1243

Bahasa Tombulu, juga dikenali sebagai bahasa Minahasa ialah bahasa Austronesia di utara Sulawesi, Indonesia. Ia merupakan salah satu bahasa daripada bahasa-bahasa Minahasa, di bawah keluarga bahasa-bahasa Filipina.

Ia merupakan bahasa tempatan orang Minahasa yang dituturkan di kota Tomohon dan di kampung-kampung di bawah pentadbiran Kota Tomohon seperti Rurukan, Pinaras, Kumelembuai, Woloan, dan Tara-Tara. Ia juga dituturkan di kampung-kampung di bawah pemerintahan Kabupaten Minahasa di daerah Tombulu, kabupaten Tombariri, kabupaten Pineleng, dan dua kampung di daerah Sonder, iaitu Rambunan dan Sawangan.