Bahasa-bahasa Filipina

Bahasa-bahasa Filipina
(terusul)
Taburan
geografi:
Klasifikasi bahasa:Austronesia
Bahasa-proto:Filipina Proto (terpertikai)
Pembahagian:
ISO 639-2 / 5:phi
Glottolog:Tiada
Bahasa-bahasa Filipina, mengikut Adelaar dan Himmelmann (2005)

Bahasa-bahasa Filipina ialah keluarga bahasa yang diusulkan oleh R. David Paul Zorc (1986) dan Robert Blust (1991; 2005; 2019) yang merangkumi semua bahasa di Filipina dan Sulawesi utara—kecuali bahasa-bahasa Bajau-Sama dan beberapa bahasa di Palawan—dan membentuk subkeluarga di bawah bahasa-bahasa Austronesia. Walaupun negara Filipina berdekatan dengan pusat perkembangan Austronesia dari Formosa, terdapat sedikit kepelbagaian linguistik dalam kalangan kira-kira 150 bahasa-bahasa Filipina, menunjukkan bahawa kepelbagaian terdahulu telah dipadamkan oleh penyebaran bahasa induk milik bahasa-bahasa Filipina kini.