Bahasa-bahasa Tai
| Tai | |
|---|---|
| Zhuang–Tai | |
| Taburan geografi: | Selatan China (terutamanya Guangxi, Guizhou, Yunnan dan Guangdong), Asia Tenggara, timur laut India |
| Klasifikasi bahasa: | Kra-Dai
|
| Bahasa-proto: | Proto-Tai |
| Pembahagian: |
|
| ISO 639-2 / 5: | tai |
| Glottolog: | daic1237 |
Taburan bahasa-bahasa Tai: Tai Utara / Zhuang Utara
Tai Tengah / Zhuang Selatan
Tai Barat Daya / Thai | |
Keluarga bahasa Tai atau Zhuang–Tai (Bahasa Thai: ภาษาไท atau ภาษาไต, transliterasi: p̣hās̛̄āthay atau p̣hās̛̄ātay), (Lao: ພາສາໄຕ, transliterasi: Phasa Tai) ialah cabang keluarga bahasa Kra–Dai. Bahasa Tai termasuk bahasa Tai–Kadai yang paling banyak digunakan, termasuk bahasa Thai baku, bahasa kebangsaan Thailand; bahasa Lao atau Laos, bahasa kebangsaan Laos; bahasa Shan di Myanmar; dan Zhuang, bahasa utama di Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang di barat daya China, dituturkan oleh orang Zhuang (壯), kumpulan etnik minoriti terbesar China, dengan populasi 15.55 juta, dan tinggal terutamanya di Guangxi, selebihnya bertaburan merentasi wilayah Yunnan, Guangdong, Guizhou dan Hunan.